Friday, 3 February 2012

Take care of your body. It's the only place you have to live.

assalamualaikum,

first of all thank u amie sbb u inspired me to write this post..sesetengah maybe tau, yang saya dlu ada masalah sembelit since 2007, backpain (sbb jatuh di asrama back in 2005), antibodi lemah, almost setiap bulan akan demam..and paling latest ketumbuhan di limfa...bila doktor suspect yg sy mybe ada cancer (lymphoma) time tu baru la nk tersedar...herm, xnak mati lagi Ya Allah, dah la baru kawen, kesian hubby sapa nk jaga dia nnt..hubby masa tau tu demam 3hari..(sori sbb buat abg susah hati)..

dalam masa sakit tu mmg xbest la sbb i have lotsa plan nk buat and i get tired easily, badan x sihat, rasa discomfort tu buat kita nk marah je sokmo..mmg x best..so masa tu sedar, sy nak sihat lebih daripada nk kurus...hehe sbb gemok2 pn abg jatuh cinta jugak..

thank u to my coach kak fazila, sbb offer nak siap pos teamix and aloe utk sy minum byk2... well for ur info, teamix ni tinggi antioksida.. =) since kt rumah mama ada lg aloe and teamix, hentam yg mama dlu, shake a must (pun yg mama jugak)..everyday akan minum shake...abang yg demam pun sy bg minum shake jugak..

alhamdulillah, now : 

1. sembelit (tiada lagi...tiap2 hari now buleh p toilet 2x...dlu seminggu 2x)
2. backpain (tiada lagi..dlu pantang duduk sikit mesti menggigil2 sakit siap kena p fisio lg)
3. demam (alhamdulillah dh 3bulan x demam even mama pun notice)
4. ketumbuhan ( tiada lagi.. ALHAMDULILLAH)

lain2 tu macam period cycle yang dh kacau sbb amalan pil2 perancang ni pun selesai.. now i am happier.. kalau x dlu mmg asyik nk marah mmg buleh gaduh sbb xmau p hospital..u see, sebagai bukan org kaya, i can only afford pegi hospital kerajaan, n since 2008 dok p hospital je keje, sampai satu tahap dh bosan..

penting sebenarnya utk jaga kesihatan ni..if dari dlu jaga, kita x perlu invest utk perbetulkan badan kita..but since dlu x da kesedaran now i have to stay healthy...tp staying healthy seems so easy and fun sbb i love shake!

u choose u nak makan ini



or u nak yang ini ? :



DECIDE NOW.



Monday, 16 January 2012

Resipi : Chocolate Strawberry Shake

Help support your immune function with vitamin C-rich strawberries.
Ingredients:

2 scoops Dutch Chocolate Formula 1 Nutritional Shake Mix
2 tablespoons Personalized Protein Powder (or more)
1 cup plain soy milk or nonfat milk
1 cup frozen strawberries
A few drops vanilla extract
4 ice cubes

Directions:
Place all ingredients in the blender and mix thoroughly until the ice cubes are completely crushed. Ice cubes are optional.

Nutritional Analysis (with nonfat milk):
Calories: 265
Protein: 30 grams
Fat: 1 gram
Carbohydrates: 35 grams

Friday, 6 January 2012

tentang H20

16:10. Dia yang menurunkan kepada kamu dari langit, air, untuk kamu minum daripadanya, dan daripadanya pokok-pokok, untuk kamu membiarkan ternakan kamu makan.


24:45. Allah mencipta semua haiwan daripada air, dan sebahagian mereka berjalan di atas perut mereka, dan sebahagian mereka berjalan di atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan di atas empat; Allah mencipta apa sahaja yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.



25:54. Dan Dia yang menciptakan daripada air, manusia, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.


siapa sangka sebatian dua unsur hidrogen dan satu oksigen akan di sebut berulang-ulang kali oleh Allah dalam KitabNya yang mulia?

Air adalah unsur terpenting dalam setiap makhluk dalam muka bumi ni, semua ciptaan Allah, haiwan, tumbuhan mahupun manusia hidup asbab air. Tak ada air, tak ada lah kita.

Air ni menda paling murah, senang di dapati, tapi sering jadi musuh ketat ramai org..alasan?? SAYA MALAS LA NK MINUM AIR... penyakit malas ni herbalife pun x buleh nk tolong ok.. attitute problem diri sendiri la nk kena selesaikan...

masalah nya bila x minum air, u all wont get the targeted result..lepas tu put all the blame atas product padahal kita sendiri yg makan salah cara... even worse, cerita habis kt semua org product herbalife ni xelok la, itu la ini la, padahal kita sendiri x nak makan ikut cara..if kita ada coach, kita dgr la ckp coach kita, sbb coach dh pergi training, dia fham product tu..

contohnya : saya nk masuk syurga, tp malas nk buat ibadat,

or saya nak masuk syurga tapi saya nak solat isyak dua rakaat je..

x boleh la mcm tu, kena tny ustaz, ape amalan2 yang dapat kita buat utk tingkatkan amal kita dan boleh tempatkan kita dalam syurga...tnyalah ustaz.... 30 minit bersama ustaz don.. hehe

anyway, sama la jugak dgn makan herbalife ni, ade cara nya yang di tunjukkan, kalau nk berjaya ikut la cara yang org dah berjaya tunjuk...kan senang... ( IF YOU WANT TO KNOW HOW, ASK ME NOW!)

maybe to some of us, air ni tak memainkan peranan penting, but reality is, other than oxygen, bahan utama yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya adalah AIR. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dibuat di Hong Kong lately, only 50% daripada those yang di survey minum air sebanyak lapan gelas sehari, yang lain minum bila rasa dahaga shj.

sebenarnya kita perlu beri perhatian terhadap kebaikan minum air ni, and encourage kanak2, and kwn2 and diri sendiri utk minum air. kalau kita minum air yang cukup, kita dpt avoid dehydration and mengekalkan amalan buang air besar!!! yippeee (only those yang rs sembelit mcm sy for almost 5years shj yg tau rs nikmatnya dpt ke tandas buang air besar). In addition, kesihatan kulit and rambut pun terjaga~~ =)

Kenapa air ni penting sangat????

air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita and plays an important role in almost every function of our body. air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien and oxygen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air, manusia mati dalam masa tiga hari.

Jadi air apa yang paling baik??

Meminum minuman yang bersih dan selamat adalah penting sbb kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Masa yang terbaik utk kita minum air adalah SEBELUM kita rasa dahaga. 








Thursday, 29 December 2011

Surat Cinta Buat Mu Isteri







sama-sama kita hayati surat seorang suami yang sedang khuruj fi sabilillah untuk isterinya.. semoga kita semua peroleh manfaat dari mesej-mesej positif yang terkandung dalam surat ini. InsyaAllah. 


WAHAI ISTERIKU

Hari ini aku pergi
meninggalkan kamu
meninggalkan anak-anak kita
meninggalkan rumah kita
yang penuh kenangan.
Hari ini aku pergi
kerana perintah dari Dzat
yang telah menancapkan
getaran dihatiku
ketika menatapmu
di saat malam pertama kita
Hari ini aku pergi
untuk menyenangkan hati Seseorang
yang telah korbankan seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku
berjumpa dalam keadaan islam
Hari ini aku pergi
untuk menghapuskan luka
Sayyidul Ambia’ Muhammad S.A.W
kerana lautan maksiat
yang telah dibuat oleh orang
yang mengaku sebagai umatnya
Jadi…. wahai isteriku
aku pergi tinggalkan kamu
bukan kerana aku tak menyayangimu
tetapi kerana…
ada mata yang tak mengantuk mngawasi kita
mengawasi cinta kita
ada tangan yang akan menghancurkan kita
ketika cinta kita
melebihi cinta kepadaNya…

Jika esok….
ketika kau terbangun dari tidurmu
kau dapati aku tiada disisimu
maka…cepat lah bertahmid
ALHAMDULILLAH….
Kenapa?
bukankah Ummul Mu’minin Aisyah r.a
ketika merasa senang
kerana hidup bersama Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W katakan:
“Bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang suaminya keluar dijalan Allah
kerana dia bukan hidup dengan kekasih Allah tetapi dia hidup dengan Allah swt”
Jika esok
ketika melihat kamar kita sepi
tiada gurau senda
seperti hari sebelumnya
maka…
bayangkan olehmu
bagaimana rumah sahabiah
suami mereka selalu pergi membawa pedang
terkadang tiada khabar
yang ada hanya kubur…
tetapi apa mereka katakan….
biarlah rumah kami sepi
asalkan rumah-rumah diseluruh alam
penuh dengan nur iman
Jika esok….
tiada tangan yang memberi suapan
ketika kau makan
seperti selalu
yakinlah wahai isteriku
Allah swt akan menyuapmu
dengan hidangan yang memiliki 70 rasa di jannah
yang tak akan jadi kotoran yang jijik…
bahkan mngeluarkan keringat melebihi kasturi
Jika esok musibah dan ujian datang kepadamu
dalam kehidupanmu tanpa aku
lihatlah hatimu
kemana kamu berlari?
saat itu Allah swt melihat hatimu..
segeralah berwudhu
dirikan solat
mengadulah kepada Robb mu
kau akan bahagia
di dunia yang sementara
dan akhirat yang kekal abadi
Jika saat itu
kau cari pertolongan dengan kebendaan
itulah kegagalan dalam hidupmu
kau akan menderita selama lamanya
Janganlah kamu bangga
seandainya dapat seluruh dunia dan isinya
tetapi… kamu kehilangan Allah swt
maka itulah kerugian yg besar bagi mu
biar pun…
kau berhasil menjaring Jibril a.s
dan kau boleh perintah mengikut kehendakmu
itu pun bukan kejayaan
jika hari harimu kehilangan Allah swt
orang yang kehilangan Allah swt
kehilangan segala galanya
padahal…
barangsiapa yang dapat Allah swt
dia dapat segala galanya
Jika esok
kau lihat rumah jiran kita
suara tawa dan keceriaan terdengar dari sana
suami mereka selalu dirumah
tak pernah khuruj fisabilillah
jangan kamu iri…
tetapi kasihanilah mereka..
kerana..
mereka sedang dalam tangisan dan permusuhan
yang hebat dirumah mereka
dirumah mereka akan datang malaikat maut
menjemput setiap nyawa yang ada
tanpa belas….
walau mereka kata…
jangan ambil isteriku
jangan ambil anakku
takkan ada tebusan sedikit pun
dan tak tertangguh sesaat pun
saat itulah penyesalan datang
Ya Allah kerana kesibukanku dengan dunia
dan memenuhi hajat isteriku
aku lalai dengan perintahmu
aku lemparkan sunah-sunnah Rasul
dan begitu asyik makan minum
bersama anak isteriku
seperti haiwan….

Isteri dan anak-anak pun akan berkata;
wahai suamiku..
mana tanggungjawabmu?
kau tak pernah sirami hatiku dengan nur iman
tak isi buku catatanku
Bayangkanlah oleh mu
bagaimana jika seorang suami
yang hanya pandai mencari duit
apakah buku amalanmu akan brtambah…?
Jadi isteriku…
kepergianku melewati batas negeri
adalah untuk persiapan
pesta yang besar-besaran untuk kebaikan kita bersama
Ahli dunia
yang belum selesai tugasnya
akan gelisah
tak boleh tidur dan makan
Aku pun demikian
tak akan tenang
kerana belum sempurnakan iman
kamu dan anak-anak kita
Aku takut satu hari nanti
dimana bumi dibelah
dan isi dadanya dikeluarkan
sedang Allah swt berfirman; Iman kamu tak diterima….
Walaupun kita menunaikan haji
dan berjuta kebaikan
jika iman tak diterima
maka habislah segala galanya
kerana dalam hati ada selain dari Allah swt
Ketahuilah dunia ini bangkai
dan yang mngejarnya adalah anjing!!
itulah sebabnya..
aku khuruj dijalan Allah
untuk membuang kecintaan pada dunia
mudah mudahan Allah SWT mencintai kita
dan memudahkan perjalanan kita
Ketahuilah bahawa kematian adalah hari raya
bagi orang yang memiliki iman kamil
sedang bagi orang kafir
kematian adalah puasa selama lamanya
Aku tinggalkan kamu
untuk merubah kesedihan
dalam kematian menjadi hari raya yang meriah
Ingatlah…
maut adalah kenderaan
setiap insan menuju Allah swt
Pada saat itu
apa yg kita perlukan?
bukan harta atau kerajaan
tapi iman dan amal soleh
sedangkan untuk sempurnakan iman
adalah korban mujahadah
harta ,diri dan masa
pada jalan Allah swt
Percayalah
walaupun aku yang maju dihadapan musuh
tetapi kamu yang terlebih dahulu dibukakan pintu syurga
oleh Malaikat Ridwan a.s
kamu akan menunggu 500 tahun
berhias dihadapan cermin emas
dan menjadi ratu kepada 70,000 bidadari
dan malaikat..
Itulah sebabnya…
jangan tertipu dengan wanita dunia
apa pun yang mereka buat
tiada harga disisi Allah swt
jika iman tiada dalam hati..

Malik bin Dinar pernah berkata;
nilai wanita cntik didunia ini
tidak lebih dari biji kurma saja
Maafkan aku..
kerana tak pernah
membawamu ke salon dunia
kerana aku tak mahu kamu ditipu mereka
Baju yang kamu pakai pun
dari bahan yang murah
dan berwarna hitam
menutup wajah manismu
Tapi ketahuilah…
baju itu lebih baik
dari dunia dan seisinya
kerana itulah pakaian isteri seorang raja dunia dan akhirat
iaitu pakaian Ummul Mu’minin
isteri Rasulullah SAW
Jadi, jangan terpesona dengan pakaian ahli dunia
gelang yang mereka pakai
akan dipanaskan dan ditempel dipunggung mereka
gincu yg mereka pakai
akan menarik mulut mereka sampai ke perut
rambut yg didedahkan pada org
akan digantung dan dibakar api dibawahnya
Dan pada hari itu…
tiada lagi siulan yang mengagumi mereka….
mereka berteriak….
alangkah baiknya jika aku berhijab dahulu
aku terfitnah dan menyebar fitnah
Jangan kau tambah ilmumu tentang keduniaan
yang mnyebabkan kamu mencintainya
Aku bangga
jika orang bertanya kepadamu
dimanakah tempat shopping terhebat di sini?
sedangkan kau mengatakan kamu tidak tahu
Ketahuilah….
Sahabiyah r.ha tidak tahu jalan dikampung mereka sendiri
tetapi…
mereka tahu jalan-jalan menuju syurga
itulah sebabnya mereka telah hantar
anak-anak dan suami mereka ke syurga dengan jalan pintas
Teriakan mereka
menjadikan orang seperti Amru Bin Jamuh yang lumpuh
menjadi masyhur di langit
Isteri Amru berkata;
pergilah kamu bersama anak-anak
janganlah kamu menjadi pengecut..
Ketahuilah…
kerana wanita menyeru jihad
telah ramai lelaki menjadi raja di Syurga
Nota kaki
Surat ditulis di Markas Raiwind , Lahore , Pakistan
Penulis : Abu Navisah dan Abu Aviroh Abidah

Thursday, 8 December 2011

Nasihat Untuk Pengantin Perempuan

Alhamdulillah, dalam kesempatan untuk turut dalam muzakarah bersama para ibu tentang nasihat-nasihat untuk wanita, mama ada sebutkan satu nasihat yang saya rasa sangat berguna... semoga kita semua dapat dalami nasihat ini, dan cuba sedaya mungkin untuk menjadi isteri yang terbaik, semoga kita semua dapat berjumpa dengan Khadijah r.a dan bersalaman dengannya. 


Nasihat Untuk Pengantin Baru

Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan 'Auf bin Muhlim Asyaibani, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-



"Wahai anakku!

Kalaulah wasiat ini

untuk kesempurnaan adabmu

aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya,

Tetapi!

Ia sebagai peringatan untuk yang lalai

dan pedoman kepada yang berakal.

Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya

nescaya,

tidak perlu bagimu seorang suami

dan kau terlalu berharga bagi kami,

Tetapi!

Wanita dicipta untuk lelaki

Lelaki dicipta untuk wanita.

Bercerailah kau dari ayunan buaianmu

meninggalkan teratak tempat besarmu

melangkah menuju ke alam baru

yang belum kau kenal

yang belum kau biasa

Kau memiliki suamimu

anggap dirimu sebagai hamba

tentunya suamimu

jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku

sepuluh sifat

sebagai bekal perjalanan

menuju alam bahagia

Relakan hatimu

sekadar yang ada

semoga suci hatimu

dengan taat setia

dan hulur tanganmu

tanda mahu berganding bahu

jauhkan dirimu dari

segala yang jelek

yang dihidu atau dipandang mata

juga awasi gerak-lakumu

agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu

gantikan ia dengan sinar

secerah sang suria pagi

Dan badan yang semerbak harum

Bermandikan bauan

Mata berpasak, kening bercelak

Itu menambah seri

Itu membangkitkan berahi

Dan…..

Air cukup memadai

Bagi yang tiada

Jaga masa makannya

Juga waktu tidurnya

Kerana, 

Perut kosong hilang bicara

Mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu

Tabahkan hatimu

Badanmu terselamat

Jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu

Di kala dia berduka

Pendamkan kesedihanmu

Di kala dia bergembira

Akibat aksi tidak senada

Hilang simpatimu di sebab pertama

Keruh suasana di sebab kedua

Hulur tanganmu…

Andai kau menghulur sebelah tangan

Nescaya dia menghulur kedua belah tangan

Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

Ketahuilah!

Kasihmu tidak sampai ke mana

Jika hatimu berdua tidak sejiwa

Kasih kau, kasihlah dia

Benci kau, bencilah dia

Allah saja yang menentukan nasibmu." 



"Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu." Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu telah mencapai kedudukan yang mulia di sisi suaminya. Dia telah memperoleh tujuh orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah mereka. Beginilah seterusnya status wanita-wanita yang memiliki kelebihan.



semoga semua bakal pengantin dan saya sendiri dapat mengambil iktibar dari nasihat ini, azam untuk amalkan... semoga perkahwinan kita semua di rahmati Allah sampai ke syurga.. Amin.